Kriteria pemilihan Sekolah_Kluster_Kecemerlangan

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) , Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Pendidikan Khas, iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta.
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat

  • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
  • Bagi Sekolah Menengah, Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 3 tahun berturut-turut:
    • SBP: GPS 2.50 dan ke bawah
    • SMKA: GPS 3.00 dan ke bawah
    • SMT: GPS 4.00 dan ke bawah
    • SM Harian: GPS 4.00 dan ke bawah
  • Bagi sekolah Rendah,
    • 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR);
    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan, atau
    • GPS UPSR ialah 2.00 dan ke bawah dalam tempoh 3 tahun kebelakangan, berturut-turut.

Syarat pemilihan

  • Kecemerlangan murid dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  • Sekolah berperwatakan.

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

  1. Penerimaan pencalonan;
  2. Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex;
  3. Penentuan standard (standard fixing) oleh Jawatankuasa Pelaksana Sekolah Kluster;
  4. Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional;
  5. Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat; dan
  6. Pengumuman oleh Menteri Pelajaran.